Monday, October 4, 2010

Sunday, October 3, 2010

PROMO JEJAK IPT


SEMINAR PENDIDIKAN KERJAYA DI SMS Kubang Pasu


Sebahagian para peserta
 Pada 28 September 2010 yang lepas, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah mengadakan satu seminar Pendidikan Kerjaya di SMS Kubang Pasu. Program ini telah mendapat penyertaan dari 10 sekolah sekitar Daerah Kubang Pasu dan Alor Setar dengan jumlah peserta kira-kira 380 orang. Antara objektif program ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai aliran pendidikan yang boleh disertai selepas tamat persekolahan.

Program bermula seawal 8.45 pagi dengan dirasmikan oleh Penolong Kanan SMS Kubang Pasu iaitu Puan Rafeah. Program diteruskan dengan Taklimat Pembiayaan Pelajaran oleh wakil dari PTPTN iaitu Ustaz Yusnaidi yang berpengalaman selama 3 tahun dalam menguruskan pinjaman PTPTN di UUM.
Panel Jemputan
Pada jam 11.00 pagi, bertepatan dengan objektif utama seminar ini, program diteruskan dengan ceramah kerjaya yang membariskan 6 orang penceramah yang mewakili bidang perubatan, perakauanan, kejuruteraan, perundangan, perniagaan dan agama. Antaranya iaitu Dr Ummu Harieza bt Abdul Aziz Pegawai Perubatan di Klinik Perubatan Kangar, Puan Rohaida bt Abdul Latif Pensyarah Perakaunan UUM, En Hamzah bin Sakeran Pensyarah Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan di UMP, En Mohd Luttfi b Abd Khalid Peguam Syarie, Puan Hasifah bt Zainuddin Pengurus Kumpulan Tadika Nur Syifa dan Ustaz Riduan b Ahmad Pensyarah Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Sungai Petani.

Peserta Putera
Perbincangan forum ini berkisar tentang pengalaman penceramah semasa mereka belajar dan pengalaman bekerja. Banyak tip-tip berharga yang boleh dikutip oleh adik-adik peserta antaranya pelajar mesti mempunyai matlamat mengapa mereka belajar, usaha yang berterusan untuk menjadi pelajar yang berjaya, menguasai bahasa dengan baik sama ada bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab atau pun bahasa-bahasa lain. Semoga dengan perkongsian pengalaman oleh para penceramah akan meniup semangat adik-adik peserta untuk meraih kejayaan dalam peperiksaan dan mendapat gambaran awal tentang alam pekerjaan.
Slot Motivasi
 Program terakhir iaitu ceramah motivasi yang disampaikan oleh Dr Haji Mohd Arif b Mat Noor yang memberi tips-tips kejayaan iaitu fokus terhadap apa yang hendak dicapai. Penyampaian secara bersantai itu diharapkan dapat memberi satu lonjakan kepada adik-adik peserta untuk mencapai apa yang diimpikan dalam hidup mereka.
Perasmian Penutup

Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Dr Zulkifli bin Yusof Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Kedah