Saturday, December 3, 2011

10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK



1. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
Otok merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi kepada otak. banyak sel-sek otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. TERLEBIH MAKAN
 Tidak makna makan berlebihan menyebabkan otak semakin baik. makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, jesteru menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya tumpu.



3. MEROKOK
 Asap rokok sangat merbahaya yang mana ia akan membunuh banyak sel-sel otak.


4. PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN.
Gula berlebihan boleh mengganggu penyerapan protien dan nutrisi, sekaligus mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. MENGHIDU UDARA YANG  TERCEMAR.
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakkan sel otak. BERKAWAN dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak kita.