Saturday, June 18, 2011

KRIM Kedah mengucapkan Tahniah & Selamat Pengantin Pangantin Baru kepada akhi Adli & ukhti Ku Hasna yang telah selamat melangsungkan majlis pernikahan pada 28 Mei 2011. Majlis walimah di pihak pengantin perempuan telah diadakan pada 29 Mei 2011 di dewan Masjid Sultanah Alor Setar, manakala majlis walimah  di pihak lelaki pula diadakan pada 30 Mei 2011 di Sik.

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, barakah3.jpg
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”

Ukhuwah

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan dibibir
tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya.
(IMAM GHAZALI)

Ukhuwah yang terbina persis untaian tasbih. Ada awal tiada penghujungnya,
dibuat untuk mengingatiNya, dicantum kerana cintaNya.
diratib semata kerana redhaNya.


Ramuan ukhuwah kerana Allah:
- Bermuka cerah ketika bertemu
  Sabda Rasulullah saw 'jangan meremehkan kebaikan apapun  
  bentuknya walau sekadar bermuka cerah ketika bertemu 
  saudaramu'
-Mengadakan kunjungan persahabatan
  Sabda Rasulullah saw, Allah berfirman dalam hadis Qudsi
  'wajib mendapat kecintaanKu barang siapa bercinta kerana Aku,
  bermajlis keranaKu dan saling memberi kerana Aku'.
-Menaruh perhatian dan memenuhi keperluan
  Sabda Nabi 'Allah sentiasa menolong hambaNya selama hamba
  tersebut menolong saudaranya.

Monday, May 23, 2011

Anugerah cemerlang

Pada Jumaat lepas, bersamaan 20hb Mei 2011, dengan izin Allah KRIM Kedah telah mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan ahli-ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010. Majlis yang diadakan di Pejabat Isma, Bandar Darul Aman turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi PEMBINA Kedah En. Ali b. Saip dan penggerak.
Majlis dimulai jam 9.30 pagi  dan berakhir pada jam 11.00 pagi menyaksikan adik Nabil Fikri b. Najib mendapat anugerah pelajar lelaki terbaik dan adik Widad bt Abd Qais bagi kategori pelajar perempuan terbaik. Kedua mereka akan menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat.
Selari dengan itu juga majlis penyerahan ahli KRIM kepada PEMBINA turut diadakan serentak, dimana mereka diberi pendedahan awal oleh Pengerusi Pembina tentang suasana yang akan melatari adik-adik setelah berada dialam pengajian tinggi.
Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringkas. Semoga kejayaan hari ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang mendatang.


Pengerusi PEMBINA En. Ali b. Saip


Tahniah adik Nabil Fikri

Tahniah kepada adik Widad


Menjamu selera


Majlis Anugerah Cemerlang

Jamuan Ringkas

Friday, March 25, 2011

Tautan Hati 3 kembali lagi!


               
               Pada hari Sabtu, 19 Mac yang lalu, pihak KRIM kedah telah berjaya menganjurkan program Tautan Hati 3 bertemakan ‘ukhuwwah bersemi, kasih terjalin’. . Program yang diadakan bertempat di Tasik Darulaman Jitra ini terbuka kepada semua pelajar muslimah terutamanya yang pernah mengikuti program KRIM sebelum ini. Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan jalinan ukhuwwah di kalangan para peserta dan AJK , memperkenalkan KRIM dan membangkitkan kesedaran akan kepentingan hidup dalam bi’ah yang solehah.

                Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan ucapan alu-aluan diikuti tazkirah ringkas mengenai ukhuwwah yang disampaikan oleh Kak Mas. Kak Mas mengingatkan bahawa perlunya perasaan kasih sayang dalam berukhuwwah. Tiada ukhuwwah tanpa iman sepertimana tiada iman tanpa ukhuwwah. Setiap mu’min juga harus memastikan dirinya mendapat makanan rohani yang mencukupi.           
                
              Program ini diteruskan dengan sesi taaruf antara para peserta dan ajk. Para peserta dikehendaki mengingati nama, umur, sekolah, dan hobi setiap peserta.Melalui sesi taaruf ini, para peserta dapat berkenalan dengan lebih rapat antara satu sama lain dan secara tidak lansung menyemai ukhuwwah dan menjalin kasih.

                Acara seterusnya ialah ‘outdoor games’.  Beberapa permainan yang melibatkan kerjasama dan ukhuwwah menautkan lagi hati para peserta. Setiap permainan yang dijalankan mempunyai objektif yang tersendiri dan peserta diminta pendapat atau komen bagi setiap permainan tersebut. Walaupun keletihan, kegembiraan terpancar di wajah para peserta terutama selepas permainan terakhir iaitu ‘mengupas buah limau’. Dalam permainan ini, setiap kumpulan perlu memikirkan strategi untuk mengupas limau dengan syarat setiap peserta hanya boleh menyumbangkan satu jari sahaja. Usai mengupas buah limau, setiap peserta diminta menyuap buah limau kepada ahli kumpulan sambil menyebut “saya sayang awak kerana Allah”. Dalam keriangan tersebut, ajk tidak lupa menyelitkan beberapa pengajaran yang diperoleh daripada aktiviti ini seperti memupuk sifat kerjasama dan memiliki matlamat serta halatuju dalam setiap tindakan.
               
              Usai permainan, para peserta berkumpul untuk slot pengisian yang disampaikan oleh Ustazah Siti Rahmah. Pengisian yang berkisar tentang kebaikan biah solehah mengajak para peserta memilih persekitaran yang baik untuk berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik. Kisah-kisah pemuda hebat pada zaman rasulullah seperti Usamah bin Zaid disertai dengan dalil-dalil al-quran telah memberi kesedaran kepada para peserta untuk berusaha menjadi insan yang hebat di dunia dan akhirat.

                Sebelum pulang, para peserta dan ajk menjamu selera dengan makanan yang disediakan. Kemudian, setiap peserta diberi peluang untuk meluahkan perasaan masing-masing berkenaan program ‘Tautan Hati 3’. Setiap peserta menerima ‘souvenier’ daripada pengarah KRIM.  Program berakhir pada jam 11.30 pagi seperti yang dirancang. Walaupun program ini berjalan dalam suasana yang santai dan sederhana dalam masa yang singkat, ia tetap meriah. Diharapkan semua peserta mendapat pengajaran daripada setiap aktiviti yang dijalankan. Semoga ukhuwwah yang telah terbina terus bersemi buat selama-lamanya. InsyaAllah…
Ukhuwwah Bersemi, Kasih Terjalin

Disediakan oleh
Widad bt. Ab. Qais
AJK Dokumentasi Tautan Hati 3

Tuesday, March 15, 2011

PROGRAM TAUTAN HATI 3

Assalamualaikum..
Adik-adik..Tautan Hati kembali lagi! InsyaAllah KRIM Kedah akan mengadakan “reunion” dengan semua pelajar muslimah terutamanya yang pernah join program KRIM sebelum ini. Butir2 program seperti berikut:

“PROGRAM TAUTAN HATI 3”
TARIKH: 19 Mac 2011
MASA: 8.00 pagi - 11.30 pagi
TEMPAT: Taman Tasik Darulaman, Jitra
BAYARAN: RM 5

Jom datang beramai-ramai!

Ukhuwwah bersemi, Kasih Terjalin..