Monday, May 31, 2010

MOTIVASI KHAS BERSAMA PUTERA PUTERI TINGKATAN 5 SMSAH



Jitra, 29 Mei – Alhamdullillah, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah sekali lagi berjaya mengadakan di sekolah dan kali ini dalam slot program motivasi khas  pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH).

Program yang  dijalankan ini adalah hasil kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan KRIM Kedah yang mana program pada kali ini mensasarkan semua pelajar putera dan puteri tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaaan SPM tidak lama lagi. Turut hadir dalam program kali ini ialah Puan Zainab selaku guru kanan SMSAH, guru-guru kaunselor iaitu Cikgu Mashitah dan Cikgu Intan serta guru penasihat tingkatan 5 yang juga ketua penasihat BADAR, Ustaz Asri

Slot motivasi kali ini yang diadakan di bilik persidangan SMSAH yang serba canggih ini telah dimulakan pada pukul 8 30 malam dengan bacaan doa oleh wakil pelajar.
Seterusnya, slot ringkas pengenalan KRIM telah disampaikan sendiri oleh pengarah KRIM kedah, Tuan Haji Mohd Khalil b Hashim.

Slot utama program kali ini iaitu motivasi khas  telah disampaikan dengan penuh semangat oleh Tuan Haji Rosidi Shahari selaku pengerusi Persatuan Belia Islam (PEMBINA) negeri Perak yang juga motivator terkenal dari MAP Training & Colsultancy. Dalam slot motivasi beliau, beberapa aspek penting telah ditekankan dan dihuraikan dengan baik. Antaranya masalah-masalah dalam belajar, kepentingan  menjaga hubungan yang baik  dengan Allah dan sesama manusia serta beberapa strategi penting dan  petua-petua dalam mencapai kejayaan dalam kehidupan. Selain daripada itu beliau juga turut menceritakan tentang resepi kejayaan yang dicapai oleh saudari Nik Nor Madihah sehingga menjadi pelajar terbaik SPM 2008 dan beliau juga menekankan perlunya pelajar-pelajar mengubah sikap  untuk mencapai kejayaan.

Semoga pengisian slot motivasi ini dapat menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar dalam membuat persediaan menghadapi SPM nanti. Jagalah hubungan dengan Allah dan sesama manusia serta berusaha dengan bersungguh-sungguh, insyaAllah kejayaan bakal diperoleh.


Laporan disediakan oleh,

Mukeri bin Mohd Ali
AJK KRIM Kedah

No comments:

Post a Comment