Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran pada Allah swt kerana kita masih lagi diberi peluang untuk berada dimuka bumiNya. KRIM Kedah ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada adik-adik yang masih thabat dengan program-program yang dianjurkan oleh KRIM (Kelab Remaja Isma) khususnya KRIM Kedah. Salam Aidil Adha buat semua dan semoga kita mengambil ibrah dari kisah Nabi Allah Ibrahim a.s juga anakanda tercintanya Nabi Allah Ismail a.s. Moga ianya mampu menjadi pemabakar semangat kita untuk terus mencari keredhaanNya dan sedia berkorban dalam meraih cinta luar biasa dariNya.

"Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)

Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

No comments:

Post a Comment