Wednesday, November 17, 2010

TERKINI......New Label

Insya Allah dalam usaha merancakkan lagi blog KRIM Kedah...sedikit masa lagi blog krim Kedah akan diberi sedikit kelainan dan berita baik juga bagi adik-adik yang berminat dengan kraf. Nantikan LABEL Kreativiti....

Salam Aidil Adha

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran pada Allah swt kerana kita masih lagi diberi peluang untuk berada dimuka bumiNya. KRIM Kedah ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada adik-adik yang masih thabat dengan program-program yang dianjurkan oleh KRIM (Kelab Remaja Isma) khususnya KRIM Kedah. Salam Aidil Adha buat semua dan semoga kita mengambil ibrah dari kisah Nabi Allah Ibrahim a.s juga anakanda tercintanya Nabi Allah Ismail a.s. Moga ianya mampu menjadi pemabakar semangat kita untuk terus mencari keredhaanNya dan sedia berkorban dalam meraih cinta luar biasa dariNya.

"Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)

Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

Thursday, November 4, 2010

Secebis UjianMu....


Perkembangan banjir di Utara nampaknya mula menunjukkan positifnya apabila proses membersih rumah sudah mula giat dijalankan (Kubang Pasu). KRIM Kedah merakamkan setinggi ucapan takziah buat keluarga yang ditimpa musibah banjir kali ini. Moga ujianNya ini lebih mendekatkan kita kepadaNya dan moga ianya bisa membersihkan dosa-dosa kita sekaligus meningkatkan kedudukan kita disisiNya. Sama-sama kita semua mendoakan agar Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada semua yang terlibat dengan musibah ini.