Friday, February 4, 2011

Kem Jejak IPT

Pada 14hb hingga 16hb Januari lepas, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah telah mengadakan satu program Kem Jejak IPT  untuk adik2 lepasan SPM, tingkatan 4 dan tingkatan 5 di Kem Sintok, UUM, Kedah.  Program 3 hari 2 malam itu telah berjaya dilaksanakan dengan 62 orang peserta telah hadir ke program tersebut. 
Program dimulakan dengan slot pertama  iaitu Mengenal potensi diri yang telah disampaikan oleh Pakar Motivasi ISMA iaitu Dr Haji Muhammad Arif.  Melalui slot ini, pelajar didedahkan dengan kelebihan, potensi dan kebolehan yang dimiliki dan perlu digilap oleh setiap peserta kem. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tentang halatuju  selepas SPM dan cabaran di IPT.  Slot ini member pendedahan awal sebagai persediaan adik-adik peserta untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi lagi.  
 Pihak KRIM berasa sangat bertuah kerana UniMAP bersetuju untuk  mengadakan demonstasi robot dan peralatan lain yang terdapat dalam kursus-kursus yang ditawarkan di UniMAP. Peserta diberi penerangan secara ringkas kursus yang ditawarkan oleh university tersebut.
Terdapat juga slot perkongsian pengalaman oleh pelajar-pelajar  lepasan university dalam slot forum yang bertajuk  antara minat & prospek kerja.
Peserta kem juga tidak ketinggalan diberi santapan hati melalui tazkirah-tazkirah, bacaan mathurat, solat berjemaah  dan qiamulail yang akan dijadikan bekalan kekuatan untuk menghadapi  mehnah dan ujian dalam kehidupan.
 Antara program outdoor yang telah dilaksanakan ialah night walk, explorace, team building dan riadhah.  
Program diakhiri dengan slot mock interview iaitu peajar didedahkan bagaimana menghadapi temuduga yang sebenarnya nanti.  Setiap pelajar akan ditemuduga untuk menentukan sama ada mereka layak untuk mendapatkan kursus yang mereka kehendaki.  Ini sebagai permulaan untuk mereka lebih berkeyakinan semasa menghadapi temuduga yang sebenarnya nanti.

Akhirnya, semoga 3 hari 2 malam berkampung di kem sintok dapat memberi  lonjakan kepada peserta kem lebih berkeyakinan untuk memilih bidang yang dikehendaki berdasarkan minat, kebolehan dan prospek kerjaya pada masa akan dating.  Selain itu perkara yang lebih utama, adik-adik peserta dapat menjadikan bidang yang hendak dipilih itu nanti dapat memberi  impak yang sebenarnya kepada agama, keluarga dan Negara.

No comments:

Post a Comment