Friday, February 4, 2011

Kem Jejak IPT

Pada 14hb hingga 16hb Januari lepas, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah telah mengadakan satu program Kem Jejak IPT  untuk adik2 lepasan SPM, tingkatan 4 dan tingkatan 5 di Kem Sintok, UUM, Kedah.  Program 3 hari 2 malam itu telah berjaya dilaksanakan dengan 62 orang peserta telah hadir ke program tersebut. 
Program dimulakan dengan slot pertama  iaitu Mengenal potensi diri yang telah disampaikan oleh Pakar Motivasi ISMA iaitu Dr Haji Muhammad Arif.  Melalui slot ini, pelajar didedahkan dengan kelebihan, potensi dan kebolehan yang dimiliki dan perlu digilap oleh setiap peserta kem. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tentang halatuju  selepas SPM dan cabaran di IPT.  Slot ini member pendedahan awal sebagai persediaan adik-adik peserta untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi lagi.  
 Pihak KRIM berasa sangat bertuah kerana UniMAP bersetuju untuk  mengadakan demonstasi robot dan peralatan lain yang terdapat dalam kursus-kursus yang ditawarkan di UniMAP. Peserta diberi penerangan secara ringkas kursus yang ditawarkan oleh university tersebut.
Terdapat juga slot perkongsian pengalaman oleh pelajar-pelajar  lepasan university dalam slot forum yang bertajuk  antara minat & prospek kerja.
Peserta kem juga tidak ketinggalan diberi santapan hati melalui tazkirah-tazkirah, bacaan mathurat, solat berjemaah  dan qiamulail yang akan dijadikan bekalan kekuatan untuk menghadapi  mehnah dan ujian dalam kehidupan.
 Antara program outdoor yang telah dilaksanakan ialah night walk, explorace, team building dan riadhah.  
Program diakhiri dengan slot mock interview iaitu peajar didedahkan bagaimana menghadapi temuduga yang sebenarnya nanti.  Setiap pelajar akan ditemuduga untuk menentukan sama ada mereka layak untuk mendapatkan kursus yang mereka kehendaki.  Ini sebagai permulaan untuk mereka lebih berkeyakinan semasa menghadapi temuduga yang sebenarnya nanti.

Akhirnya, semoga 3 hari 2 malam berkampung di kem sintok dapat memberi  lonjakan kepada peserta kem lebih berkeyakinan untuk memilih bidang yang dikehendaki berdasarkan minat, kebolehan dan prospek kerjaya pada masa akan dating.  Selain itu perkara yang lebih utama, adik-adik peserta dapat menjadikan bidang yang hendak dipilih itu nanti dapat memberi  impak yang sebenarnya kepada agama, keluarga dan Negara.

Saturday, January 8, 2011

Sunday, January 2, 2011

KEMBALI KE SEKOLAH



Salam buat semua pembaca yang dikasihi. Selamat kembali ke sekolah. Semoga azam 2011 menjadi titik tolak untuk kita lebih maju dalam pelajaran sekaligus mendekatkan kita jua pada Yang Esa. Sesungguh orang-orang yang menuntut ilmu itu adalah orang yang berjuang dijalan Allah. Selamat berjuang semua.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang menghargai ilmu pengetahuan. Bahkan di dalam Quran Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu dibanding orang-orang awam.
Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Al Mujadilah: 11)

Allah juga menyatakan bahwa hanya dengan ilmu manusia memahami perumpamaan yang diberikan Allah untuknya.
Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia, dan tiada memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu” (Al ‘Ankabut:43)

Sama-sama kita berusaha untuk menjadi khaira ummati...ameen.



Friday, December 31, 2010

TAHUN BARU

Orang Romawi Kuno menggunakan tanggal 1 Januari sebagai awal tahun yang baru. Calendar yang hingga kini digunakan itu menggunakan 1 Januari kembali sebagai hari Tahun Baru.
Kebanyakan orang memperingati tahun baru pada tanggal yang ditentukan oleh agama mereka. Tahun baru umat Yahudi, Rosh Hashanah, dirayakan pada bulan September atau awal Oktober.


Orang Persia kuno mempersembahkan hadiah telur di tahun baru, sebagai lambang dari produktiviti. Orang Romawi kuno saling memberikan hadiah potongan dahan pohon suci.


Pada tahun 1200-an pemimpin-pemimpin Inggeris mengikuti kebiasaan Romawi yang mewajibkan rakyat mereka memberikan hadiah tahun baru. Para suami di Inggeris memberi wang kepada para isteri mereka


Kebiasaan ini hilang pada tahun 1800-an, namun istilah pin money, yang bererti sedikit wang jajan, tetap digunakan. Banyak orang-orang koloni di England, Amerika, yang merayakan tahun baru dengan menembakkan senapan ke udara dan teriak, sementara yang lain mengikuti perayaan di gereja atau pesta terbuka.


Sama-sama kita fikirkan bagaimana watan kita yang rata-rata menganuti agama Islam yang suci ini, menyambut kedatangan 1 Januari? Dimana beza kita, padahal kita mengaku kita adalah muslim yang punya Allah dan Rasul untuk ditaati dan diikuti? Mana adik, abang dan kakak kita pada malam tersebut? Dimana isi rumah kita pada malam tersebut wahai pemimpin para keluarga? Tidakkah kita takut gejala yang makin tenat akhir-akhir ini masuk ke dalam rumah kita, merobek maruah keluarga. Fikir-fikir dan renungkanlah. Semoga Allah selamatkan kita dari kemurkaanNya. Sesungguhnya kasih sayangNya lebih luas dari kemurkaanNya.

sumber: http://semuana.blogspot.com

Sunday, December 5, 2010

Subhanallah .. ada sungai dalam laut !!

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)



“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
 

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.




Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut


Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”



 Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
 

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

sumber : http://inijalanku.wordpress.com/