Monday, May 31, 2010

MOTIVASI KHAS BERSAMA PUTERA PUTERI TINGKATAN 5 SMSAH



Jitra, 29 Mei – Alhamdullillah, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah sekali lagi berjaya mengadakan di sekolah dan kali ini dalam slot program motivasi khas  pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH).

Program yang  dijalankan ini adalah hasil kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan KRIM Kedah yang mana program pada kali ini mensasarkan semua pelajar putera dan puteri tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaaan SPM tidak lama lagi. Turut hadir dalam program kali ini ialah Puan Zainab selaku guru kanan SMSAH, guru-guru kaunselor iaitu Cikgu Mashitah dan Cikgu Intan serta guru penasihat tingkatan 5 yang juga ketua penasihat BADAR, Ustaz Asri

Slot motivasi kali ini yang diadakan di bilik persidangan SMSAH yang serba canggih ini telah dimulakan pada pukul 8 30 malam dengan bacaan doa oleh wakil pelajar.
Seterusnya, slot ringkas pengenalan KRIM telah disampaikan sendiri oleh pengarah KRIM kedah, Tuan Haji Mohd Khalil b Hashim.

Slot utama program kali ini iaitu motivasi khas  telah disampaikan dengan penuh semangat oleh Tuan Haji Rosidi Shahari selaku pengerusi Persatuan Belia Islam (PEMBINA) negeri Perak yang juga motivator terkenal dari MAP Training & Colsultancy. Dalam slot motivasi beliau, beberapa aspek penting telah ditekankan dan dihuraikan dengan baik. Antaranya masalah-masalah dalam belajar, kepentingan  menjaga hubungan yang baik  dengan Allah dan sesama manusia serta beberapa strategi penting dan  petua-petua dalam mencapai kejayaan dalam kehidupan. Selain daripada itu beliau juga turut menceritakan tentang resepi kejayaan yang dicapai oleh saudari Nik Nor Madihah sehingga menjadi pelajar terbaik SPM 2008 dan beliau juga menekankan perlunya pelajar-pelajar mengubah sikap  untuk mencapai kejayaan.

Semoga pengisian slot motivasi ini dapat menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar dalam membuat persediaan menghadapi SPM nanti. Jagalah hubungan dengan Allah dan sesama manusia serta berusaha dengan bersungguh-sungguh, insyaAllah kejayaan bakal diperoleh.


Laporan disediakan oleh,

Mukeri bin Mohd Ali
AJK KRIM Kedah

Thursday, May 20, 2010

Pertandingan Menulis Cerpen Islami !!!

Cerpen-cerpen pemenang akan dibukukan dan dipasarkan untuk bacaan umum

Jangan lepaskan peluang ini !!!

Thursday, May 13, 2010

Selangkah ke MAKTAB MAHMUD POKOK SENA




LANGGAR, 8 Mei - Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia ( KRIM ) cawangan Kedah telah mengorak langkah ke sebuah lagi rangkaian Maktab Mahmud untuk memenuhi undangan menyampaikan ceramah motivasi bagi warga pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam Maktab Mahmud cawangan Pokok Sena. Komited dengan usaha KRIM dalam melaksanakan agenda melahirkan remaja yang bermotivasi dan beriltizam seterusnya membina jatidiri remaja hebat, timbalan pengarah dan seorang ahli jawatankuasa KRIM Kedah telah turun menjayakan program tersebut.

Tepat pukul 11.30 pagi, program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Zukri merangkap penolong kanan Maktab Mahmud Pokok Sena. Seusai ucapan aluan ringkas, sesi pengenalan KRIM telah disampaikan oleh timbalan pengarah KRIM Kedah yang juga merangkap penceramah pada pagi tersebut iaitu Dr. Haji Mohd Ariff bagi mengisi slot yang pertama. Taklimat tersebut menekankan aspek-aspek yang ingin dilaksanakan dan matlamat KRIM yang ingin diketengahkan kepada masyarakat dalam membaiki peribadi dan suasana yang suram pada zaman kini khususnya buat remaja. Pada akhir sesi pertama ini, pelajar-pelajar telah ditayangkan klip video aktiviti KRIM Kedah yang pernah dilaksanakan.

Sesi yang seterusnya disambung dengan penyampaian ceramah motivasi oleh Dr. Haji Mohd Ariff yang merupakan seorang pakar motivasi. Sekitar panyampaian beliau, pelajar-pelajar ditekankan supaya menitikberatkan aspek kunci masa, sentiasa berfikiran positif dan kehadapan bagi meledakkan potensi diri yang terpendam seiring yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Di samping penyampaian oleh beliau, pelajar-pelajar juga diselitkan dengan beberapa aktiviti menarik yang ingin mencungkil kunci-kunci ke arah meledakkan potensi diri masing-masing. Aspek utama yang ditekankan oleh Dr. Haji Mohd Ariff ialah kejelasan matlamat dan halatuju yang merupakan perkara yang sangat perlu diperhatikan dalam menjayakan potensi diri yang wujud. Selain itu, beliau juga memperlihatkan bagaimana tenaga air dalam membantu kekuatan diri apabila air tersebut dialirkan tenaga-tenaga positif. Ini menunjukkan kepentingan ‘positive thinking’ dalam merealisasikan kehendak. Fokus juga merupakan aspek penting yang diterangkan oleh beliau dalam aktiviti yang terakhir.

Setelah tamat sesi ceramah pada 1.30 petang, majlis ditutup dan pelajar-pelajar mula mengerumuni Dr. Haji Mohd Ariff bagi mandapatkan penjelasan yang lebih mendalam tentang tenaga air dan pengalaman-pengalaman beliau. Jualan Al-Mathurat terbitan bersama QSI Alpha dan Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Perlis juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar. Pihak jawatankuasa KRIM menaruh harapan yang tinggi pada pelajar-pelajar Maktab Mahmud Pokok Sena kerana mereka adalah bakal menjadi generasi harapan agama. KRIM Kedah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan Maktab Mahmud Pokok Sena yang mengundang menyampaikan sedikit perkongsian buat semua pelajar.



Remaja Prihatin Isu Palestin








Jumaat ,7 Mei - Isu palestin merupakan isu yang terus hangat dikalangan umat islam pada hari ini. Justeru Kelab Remaja ISMA Kedah telah dijemput ke sekolah Menengah Sulatan Abdul Halim (SMSAH) bagi megisi slot ceramah selepas maghrib anjuran badan dakwah dan rohani (BADAR) sekolah tersebut.
Pengisian Slot ceramah isu pelestin ini telah disampaikan dengan jayanya kepada lebih kurang 200 orang pelajar putera SMSAH oleh Sdr Mohd Khalil b Hashim selaku pengarah KRIM kedah dibawah tajuk ’Isu Palestin : Apa Peranan Kita?’. Ceramah selama satu jam ini turut diselang-selikan dengan tayangan video Palestin. Antara isi ceramah yang dibentangkan telah menyentuh beberapa aspek kepentingan isu palestin dan sejauh mana wujudnya kesedaran isu pelestin di dalam masyarakat terutama sekali di kalangan remaja pada hari ini.
Di akhir pembentangan, satu motivasi ringkas dan penuh bersemangat turut disampaikan oleh pakar motivasi iaitu Doktor Hj Mohd Arif bin Mohd Nor yang juga merupakan penolong pengarah KRIM Kedah.
Krim kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutama pihak badan dakwah daan rohani yang telah sudi menjumput KRIM Kedah untuk mengisi slot ceramah tersebut.Semoga kerjasama yang terjalin antara BADAR SMSAH dan KRIM Kedah ini akan menjadi pemangkin kepada aktiviti dakwah di sekolah.


Laporan disediakan oleh,
Mukeri bin Mohd Ali
Ahli Jawatankuasa
KRIM Kedah