Tuesday, March 23, 2010

Teruslah Berbakti !


                         
                             
Syauqi sedang menerima cenderamata dari Ustaz Fisol

Isma Kedah mengucapkan selamat maju jaya untuk saudara Syauqi Saidin (Md. Noor) yang akan berpindah ke Shah Alam bermula April. Saudara Syauqi adalah pengerusi KRIM Kedah dari tahun 2008 hingga 2010.
Semoga terus istiqamah diatas amal dakwah, teruslah berkorban dan berjuang untuk mengislahkan umat ini hingga ke akhir hayatmu.


Friday, March 19, 2010

Apa lepas SPM ?


Assalamu’alaikum wbth…

Ke hadapan adik-adik yang dikasihi sekalian,

Keputusan SPM 2009 baru sahaja diumumkan pada minggu lepas. Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya dengan cemerlang. Berikut diberikan beberapa link yang mungkin bermanfaat bagi merancang masa depan pendidikan dan kerjaya adik-adik. Semoga bermanfaat. Cepat-cepat!
PENAJAAN JPA DAN MARA BAGI TAHUN 2010
UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009 (SILA KLIK DI SINI DAN DI SINI)
Japanese Government Scholarship for Undergraduate and Postgraduate Studies for MALAYSIANS open for application from 1-31 MARCH 2010.

http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/scholarship/scholarship.htm
MARA & JPA Scholarship Programs

http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/piln/doc/syarat/syaratPILN_JPA_MARA_2010.pdf

Yayasan Proton Scholarship

http://www.malaysia-scholarship.com/yproton.html

PTPTN Education Loan

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung

The Star Education Fund

http://thestar.com.my/edufund

Astro Scholarship Award

http://www.astro.com.my/astrolife/scholarship/default.asp

PETRONAS Education Scholarship Programs

http://esu-spmtrial.petronas.com.my/

2007 MNRB Scholarship Fund

http://www.mnrb.com.my/

OCBC Bank Scholarship

http://www.ocbc.com.my/global/aboutOCBC/Gco_local_undergraduate_scholarship.shtm#top

Bank Negara Scholarship

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=103&pg=674&ac=800

Curtin Sarawak Scholarship

http://www.curtinedu.my/

HELP University College

http://www.help.edu.my/admissions/financial_aid_and_scholarships/help_scholarship_award

Adelaide   Achiever Scholarships International (AASI)

http://www.adelaide.edu.au/scholarships/

Kolej Disted-Stamford Degree Scholarships

http://www.disted.edu.my/fa.htm

Leeds University Scholarships

http://www.leeds.ac.uk/downloads/Leeds_Scholarships.pdf

Loughborough University Human Science Scholarships

http://www.lboro.ac.uk/admin/ar/funding/ug/international/university/index.htm

MAAC Scholarship

http://www.emaac.org/index.php?option=com_content&view=category&id=55&Itemid=68

NUS / Asean Undergraduate Scholarship

http://www.nus.edu.sg/oam/scholarships-financialaid/financialaid.html

University of Sheffield Scholarship

http://www.shef.ac.uk/malaysia/scholarships.html

UTAR Scholarships

http://www.utar.edu.my/subcontentPage1.jsp?contentid=1545&2ndcontentid=608&catid=2

Nanyang Technological University Scholarship

http://admissions.ntu.edu.sg/UndergraduateAdmissions/Pages/FreshmenSingaporeSPR.aspx#

Tasmanian International Scholarships

http://www.international.utas.edu.au/static/scholarships.php


Saturday, March 13, 2010

"Kita Harus Berubah Dan Mengubah"

                      

                            

Jitra, 4 Feb – Bertempat di Masjid Mua’zam Shah, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Tuan Haji Muhamad Shakirin Shaari yang mewakili KRIM Kedah telah menyampaikan ceramah berkisar tentang remaja dan masa depan. Ceramah yang diadakan sempena dengan minggu orientasi pelajar tingkatan 4 yang baru mendaftar di SMSAH telah dihadiri oleh hampir 600 orang pelajar.
 Walaupun pihak sekolah menjemput KRIM pada saat akhir untuk mengendalikan slot ceramah tersebut, pengalaman yang dimiliki oleh Tuan Haji Muhamad Shakirin yang juga pensyarah kanan UUM dan bekas ahli jawatankuasa pusat ISMA berjaya menghidupkan suasana di dalam masjid tersebut.
 Ceramah yang banyak menyentuh tentang tanggungjawab remaja Islam dalam menghadapi kehidupan semasa turut diselitkan dengan statistik sebenar tentang permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam di dunia amnya dan di Malaysia khususnya di samping statistik berkaitan dengan prestasi akademik pelajar Melayu di IPT seluruh  Malaysia.
 Menurut Tuan Haji Shakirin, para pelajar  perlu merasai bahawa setiap daripada mereka bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang melanda remaja dan umat Islam agar generasi yang akan datang dapat merasai perubahan positif yang bakal berlaku.
 Semoga warga SMSAH terus bersemangat untuk berubah ke arah yang lebih baik pada masa yang akan datang lebih-lebih  lagi setelah diisytiharkan sebagai salah sebuah dari 20 buah sekolah di seluruh Malaysia yang mendapat pengiktirafan ‘Sekolah Berprestasi Tinggi’ oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak KRIM Kedah mengucapkan tahniah kepada semua warga pendidik dan pelajar SMSAH atas pengiktifan tersebut. 
 Mohd Khalil Hashim (Timbalan Pengarah) KRIM Kedah

See You Di IPT Bantu Pelajar Kenali Potensi Diri

                    
                                 

Pendang Lake Resort, 13 & 14 Feb – Kem See You di IPT atau ringkasnya C.U.D.I.P.T berjaya diadakan dengan jayanya di sebelah kedamaian tasik di Pendang Lake Resort. Kem anjuran Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Kedah dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Perlis ini berjaya mengumpulkan seramai 21 orang peserta putera dan 20 orang peserta puteri yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 hingga lepasan SPM 2009. Mereka telah mendaftarkan diri seawal jam 8.15 pagi lagi untuk menyertai kem ini.
Dr Haji Mohd Arif telah diamanahkan untuk mengisi slot pertama dengan ceramah motivasi yang bertajuk ‘Kenali Potensi Diri’. Ternyata slot ini berjaya membangunkan setiap peserta agar dapat memuhasabah diri masing-masing akan nikmat Allah yang telah diberikan kepada setiap manusia dengan kelebihan dan potensi yang tersendiri dan berbeza antara individu. Selesai ceramah motivasi, perasmian kem telah disempurnakan oleh Pengurus YADIM zon Utara, Tuan Haji Zuhri bin Hussain. Selesai makan tengahari dan solat Zohor, saudara Syauqi selaku pengarah KRIM Kedah telah memberi pengenalan KRIM kepada para peserta dan diikuti oleh pengerusi PEMBINA Perlis, saudara Hamzah untuk pengenalan PEMBINA.
Sepanjang dua hari dan satu malam kem, pelbagai aktiviti telah dijalankan yang merangkumi program dalaman dan luaran. Antara program dalaman yang dijalankan termasuk slot ’Halatuju Selepas SPM’ yang disampaikan oleh saudara Hamzah, pensyarah Universiti Malaysia Perlis; slot ’Pemilihan Bidang’ oleh Cikgu Amar Maarof, guru perakaunan Sek. Men. Keb. Padang Siding dan slot ’Peluang dan Pengurusan Biasiswa / Pinjaman’ oleh sauadara Mohd Khalil, perunding kewangan Islam. Namun slot yang paling mendapat sambutan para peserta adalah slot ’Cabaran di IPT’ yang dijalankan dalam bentuk forum yang dipengerusikan oleh saudara Abdul Rahman, pelajar kursus perguruan di IPG Perlis. Ahli panel forum tersebut terdiri daripada Doktor Ummu (doktor perubatan di Hospital Putrajaya), Encik Mohd Hisham (pensyarah UUM) dan saudara Ahnaf (sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti terkemuka di Koreea Selatan). Perkongsian ilmu dan pengalaman oleh para panel yang berpengalaman berjaya menghidupkan suasana forum yang bersifat dua hala antara ahli panel dan para peserta.
Program luaran pula diadakan secara berasingan antara peserta putera dan puteri di sekitar Pendang Lake Resort. Aktiviti luaran dikendalikan sepenuhnya oleh para fasilitator yang terdiri daripada para pelajar di IPT sekitar utara Malaysia. Walaupun aktiviti luaran dijalankan sebanyak dua slot sahaja, ukhuwwah berjaya dieratkan dengan baik sesama peserta. Segala kemusykilan para peserta pula berjaya dijawab dengan baik oleh para fasilitator semasa sesi latihan dalam kumpulan (ldk). Pelbagai persoalan telah diajukan kepada para fasilitator semasa slot ldk ini dan pada waktu yang sama, para peserta bertukar-tukar nombor telefon dan alamat e-mail agar ukhuwwah terus dimanfaatkan selepas kem C.U.D.I.P.T.
Acara terakhir ialah sesi bergambar beramai-ramai antara para peserta, fasilitator dan urusetia kem. Walaupun hanya dijalankan selama dua hari satu malam, kepuasan jelas terpancar di wajah para peserta yang turut dibekalkan dengan cd yang mengandungi maklumat berharga bagi menghadapi persediaan ke IPT.
Mohd Khalil Hashim Timbalan Pengarah KRIM Kedah