Saturday, April 24, 2010

Taklimat KRIM Kedah di SMK SG. TIANG






Pendang, 2 April – KRIM Kedah telah dijemput untuk menyampaikan taklimat ringkas berkaitan dengan aktiviti dan halatuju KRIM kepada 80 orang pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, Pendang. Taklimat ringkas tersebut yang disampaikan oleh pengarah KRIM Kedah, saudara Mohd Khalil Hashim dibuat selepas sesi ceramah motivasi oleh Ustaz Mohd Yusnaidi bin Md Sabri yang juga merupakan aktivis ISMA Kedah. Tayangan video ringkas yang menayangkan gabungan program KRIM Kedah sebelum ini berjaya menarik perhatian para pelajar dan para fasilatator dari UUM yang sedang melaksanakan program khidmat masyakat bersama para pelajar tersebut.

Kepada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, KRIM Kedah ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam semua bidang yang diceburi terutama peperiksaan SPM yang bakal ditempuh pada akhir tahun 2011.


Disediakan oleh,
Zaihasra binti Jusoh
Ahli Jawatankuasa KRIM Kedah

No comments:

Post a Comment