Bismillah...
Saya mahu mengajak anda sebentar , kita saling refleksi dengan membaca kisah seorang pemuda ini .
Ini adalah kisah Ibrahim Nasser , seorang pemuda yang tinggal di Bahrain . Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya mampu menggerakkan kepala dan jari-jemarinya . Bahkan , pernafasannya juga terpaksa menggunkanan alat bantuan pernafasan .
Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheikh Nabeel al-Wadi' , seorang ulama' Kuwait . Maka , ayah Ibrahim telah memohon pada Sheikh Nabeel al-Wadi' agar dapat menunaikan hajat Ibrahim yang ingin bertemu dengannya .

Ibrahim sangat
2 terkejut dan gembira ! apabila dia mendapati Sheikh Nabeel al-Wadi' membuka pintu biliknya .
Perasaannya yang gembira , jelas terlihat pada wajahnya , hinggakan Ibrahim kehilangan kata
2 pada mulanya .. :)
Sheikh Ibrahim telah bertanya padanya : Sekiranya Allah mengurniakan padanya nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan , apakah yang akan dilakukannya ?
Saudara/i , soalan inilah , yang telah mengusik jiwa Ibrahim hingga dia menangis semahu-mahunya... bahkan , jiwanya yang sebak turut dirasai oleh semua orang yang berada di biliknya ketika itu , termasuklah jurugambar . Mereka turut menangis bersama Ibrahim .
Ibrahim menjawab : Demi Allah , kiranya aku boleh berjalan , aku akan menunaikan solat di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah .
:::::::::::::::::::::::
Saya agak tersentap , hairan dan terkejut mendengarkan jawapan Ibrahim . Hairan + terkejut , kerana apa yang dijawab oleh Ibrahim , jauh dari apa yang saya duga .
Maha Suci Allah .
Saya tersentap bila dapati Ibrahim - pemuda yang kurang upayanya - punya himmah (keinginan) yang amat tinggi , jiwanya sangat besar dan semangatnya membara .. hinggakan dia menangis bila diajukan soalan sedemikian oleh Sheikh Nabeel .
Aduhai ... terasa seakan Ibrahim itu sempurna , sedangkan sayalah yang malang , si kurang upaya kerana himmah di jiwa tidak setinggi seperti dia . Punya jasad yang sihat , mampu jalan , lari dan lompat .. tapi apakah benar segala keupayaan ini telah dimanfaatkan dalam raih mardhatillah ?